COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN




NAMA:MUHAMAD AMIROL BIN OTHMAN
JURUSAN: SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK PW2



      

    Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) adalah penyakit pernafasan sangat berjangkit yang disebabkan oleh jenis coronavirus yang baru dikenali. virus ini mula tersebar dari Negara Cina hingga ke seluruh negara termasuklah Malaysia. Sesetengah orang yang dijangkiti virus ini mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit, tetapi sesetengah lain akan mengalami simptom-simptom, termasuklah demam, batuk, sesak nafas dan sakit tekak.Selain itu, jangkitan itu juga boleh mengakibatkan yang lebih serius dan boleh menyebabkan kesesakan nafas, lalu menyebabkan kemasukan ke hospital, rawatan intensif atau kematian. Pada masa kini, pihak kajian juga masih belum menemui vaksin atau rawatan khusus bagi menyembuhkan jangkitan virus ini. lebih merisaukan juga apabila melihat kepada jumlah kematian yang disebabkan jangkitan Covid 19 ini bertambah hari demi hari. 

    Orang yang telah pulih dari COVID-19 mendapat pertahanan semulajadi terhadap penyakit tersebut dalam darah mereka (antibodi). Antibodi dijumpai dalam bahagian darah yang dikenali sebagai plasma. Plasma dari darah penderma yang telah pulih, mengandungi antibodi COVID-19, dapat digunakan untuk menghasilkan dua persiapan. Pertama, plasma pemulih, iaitu plasma yang mengandungi antibodi ini. Kedua, imunoglobulin hipermun, yang lebih pekat, yang mengandungi lebih banyak antibodi. Virus COVID 19 ini mampu bertahan hidup selama 14 hari. Oleh itu, sekiranya pesakit yang terdedah dengan virus ini akan dikenakan untuk kuarantin selama tempoh itu dan akan membuat pemeriksaan dari masa ke semasa. 

Antara langkah-langkah untuk mencegah penyakit covid 19 ialah:-

Bersihkan tangan anda dengan kerap. Gunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan berasaskan alkohol.
Kekalkan jarak yang selamat daripada sesiapa yang batuk atau bersin.
Pakai pelitup sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilakukan.
Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda.
Tutup hidung dan mulut anda dengan siku anda yang dibengkokkan atau tisu apabila anda batuk atau bersin.
Duduk rumah jika anda berasa tidak sihat.
Jika anda demam, batuk dan mengalami kesukaran bernafas, dapatkan rawatan perubatan.





   Mematuhi perintah kawalan pergerakan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan supaya kurangkan pergerakan keluar rumah dan banyakkan melakukan aktiviti bersama keluarga di rumah masing-masing. Antara aktiviti manfaat yang telah dijalankan oleh saya ialah meluangkan masa bersama keluarga seperti mengambil peluang untuk solat berjemaah bersama-sama keluarga. Ayah saya, sebagai ketua keluarga untuk mengambil kesempatan memberi sedikit pengisian rohani kepada kami sekeluarga selepas selesai solat maghrib.Salah satu rahmat besar pkp ini ialah kita berpeluang mengerjakan solat jemaah bersama -sama keluarga
 setiap hari. Pelbagai aktiviti permainan yang telah saya lakukan bersama keluarga, contohnya bermain dam, badminton, tudung ceper, permainan video dan banyak lagi. 

    Seterusnya,  saya juga banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti gotong royong mengemas bahagian dalam dan luar rumah juga. Tidak lupa juga, kami sekeluarga mengambil peluang dengan bercucuk tanam sayur- sayuran di halaman rumah, seperti buku kacang panjang, kacang bendi, lada dan terung. Ayah saya mengajar kami adik beradik untuk menanam sayur supaya subur. Disamping itu juga, saya membantu ibu saya mengisi masa lapangnya dengan hobinya iaitu menanam pokok-pokok bunga di kawasan rumah. Dengan adanya pokok-pokok di kawasan rumah, mampu mengekalkan eko sistem yang baik dalam menghasilkan udara yang segar kepada manusia. Walaupun pergrakan keluar dari rumah agak terbatas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama keluarga dalam menghadapi fasa ini. Kami manfatkan masa bersama untuk mewujudkan hubungan yang akrab lagi antara satu sama lain. 









Pada akhir  bulan Januari 2020 Malaysia telah berada di dalam rekod sebagai negara yang terdedah kepada penyakit yang luar biasa yang dikenali sebagai coronavirus(COVID19). Punca Malaysia terkena disebabkan oleh pelancong dari China yang tiba dari johor melalui singapura dikesan positif virus berkenaan pada 25 Januari.pada masa itu kes-kes yang dilaporkan pada awalnya masih rendah. 

Antaranya kes masa kini semakin :









    Akhir kalam, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama untuk memutuskan rantaian virus COVID 19 daripada terus tersebar di negara ini. Tugas ini bukan sahaja melibatkan barisan hadapan, tetapi perlu tanggungjawab kita untuk bekerjasama mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Selain itu, kita disarankan supaya memakai penutup mulut dan hidung dan menjaga jarak sosial semasa berada di tempat awam. Dengan norma baru ini, kita juga perlu mengubah persekitaran fizikal dan sosial untuk mengubah tingkah laku agar seiring dengan norma yang sekarang. 

    Selain itu, hendaklah sentiasa mengekalkan hubungan sosial dan mengekalkan rutin harian dapat membantu menangani kesan psikologi negatif akibat pengasingan diri, serta sokongan tambahan untuk kesihatan mental juga. Realitinya, kita masih belum menang dalam menangani kes ini, dan keadaan  Malaysia sekarang perlu dibimbangkan disebabkan gelombang COVID 19 yang ketiga ini menyebakan jumlah kematian yang semakin bertambah. Oleh itu, marilah sama-sama kita mencegah dan berusah untuk memutuskan rantaian COVID 19 di negara kita. 

#KITAJAGAKITA 

Ulasan